Thursday, February 21, 2008

Calon Parlimen & DUN

BACHOK

Datuk Dr. Awang Adek Husain

Nasaruddin Isa

TAWANG

Datuk Ibrahim Mat Din

Hassan Mahmood

PERUPOK

Datuk Dr. Awang Adek Husin

Haji Umar


JELAWAT

Datuk Dr. Ilias Husin

Cikgu Aziz



Senarai calon BN di Kelantan

21/02/2008 3:04pm

Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) di Kelantan yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini:

PARLIMEN

TUMPAT
Dr. Asraf Wajdi Dato Hj Dusuki (muka baru)

PENGKALAN CHEPA
Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin (muka baru)

KOTA BHARU
Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh (muka baru)
(menggantikan Datuk Zaid Ibrahim yang digugurkan)

PASIR MAS
Datuk Ab Halim Ahmad (muka baru)

RANTAU PANJANG
Ustaz Mohd Afandi Yusoff (muka baru)

KUBANG KERIAN
Abdul Ghani Mamat (muka baru)

BACHOK
Datuk Dr. Awang Adek Husain

KETEREH
Datuk Seri Annuar Musa (muka baru -dari DUN Kok Lanas ke Parlimen Ketereh)

TANAH MERAH
Datuk Ir. Shaari Hassan

PASIR PUTEH
Amran Mat Nor (muka baru-dari DUN Selising ke Parlimen Pasir Puteh)
(menggantikan Che Min Che Ahmad ke DUN Limbongan)

MACHANG
Datuk Sazmi Miah

JELI
Datuk Mustapa Mohamed

KUALA KRAI
Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (muka baru)
(menggantikan Datuk Razali Che Mamat digugurkan)

GUA MUSANG
Tengku Razaleigh Hamzah

DEWAN UNDANGAN NEGERI

PENGKALAN KUBOR
Datuk Norzahidi Omar

KELABORAN
Wan Hanapi Wan Yaakob (muka baru)

PASIR PEKAN
Mohd Nor Yaakob

WAKAF BHARU
Mohd Rosdi Abd. Aziz

KIJANG
Mustopha Ahmed (muka baru)

CHEMPAKA
Datuk Dr. Nik Zain Omar

PANCHOR
Dali Husain (muka baru)

TANJONG MAS
Khazuni Datuk Osman (muka baru)

KOTA LAMA
Ir. Tan Ken Teng (muka baru)

BUNUT PAYONG
Rosmadi Ismail (muka baru)

TENDONG
Mohamad Fauzi Mohamad

PENGKALAN PASIR
Hanafi Mamat

CHETOK
Rosdi Mahamd (muka baru)

MERANTI
Abdullah Mat Yassim

GUAL PERIOK
Datuk Shaari Mat Husin

BUKIT TUKU
Datuk Mohd Zain Ismail

SALOR
Ismail Mat (muka baru)

PASIR TUMBOH
Anuar Safian (muka baru)

DEMIT
Datuk Muhammad Ab. Ghani

TAWANG
Datuk Ibrahim Mat Din (muka baru)

PERUPOK
Datuk Dr. Awang Adek Husin (muka baru)

JELAWAT
Datuk Dr. Ilias Husin

MELOR
Azmi Ishak

KADOK
Roslan Abd. Hamid (muka baru)

KOK LANAS
Datuk Alwi Che Ahmad
(bertukar kerusi dengan Datuk Seri Annuar Musa)

Bukit Panau
Nik Kamaruzzaman Sulong (muka baru)

Gual Ipoh
Datuk Hashim Shafin

Kemahang
Zianon Abdin Ali (muka baru)

Selising
Hashim Ismail (muka baru)

Limbongan
Datuk Che Min Che Amat
(Dari Parlimen Pasir Puteh bertukat ke Dun Limbongan)

Semerak
Datuk Kamaruddin Md. Nor

Gaal
Tuan Mustapha Tuan Mat (muka baru)

Pulai Chondong
Datuk Asri Mejah (muka baru)

Temangan
Datin Rahimah Mohamad (muka baru)

Kemuning
Ahmad Jazlan Yaakob (muka baru)

Bukit Bunga
Mohd. Adhan Kechik

Air Lanas
Dr. Azmi Setapa (muka baru)
(mengambil alih tempat Datuk Mustapha Mohamed)

Kuala Balah
Ab. Aziz Derashid

Mengekebang
Azizudin Hussin

Guchil
Dr. Shamshul Ikhwan Ashaari Azmi

Manek Urai
Zulkifli Omar

Dabong
Datuk Ramzi Abdul Rahman

Nenggiri
Md. Yusoff Abd. Ghani

Paloh
Datuk Norzula Mat Diah

Galas
Saufi Deraman

fromnurazani
toorghebachok@gmail.com,
dateThu, Feb 21, 2008 at 12:53 PM


Assalamualaikum,

Yang Berbahagia En/Dato'


Saya mengambil kesempatan ini, untuk menarik perhatian pihak UMNO Bachok berhubung dengan masalah yang dihadapi sekian lama oleh penduduk KG TELAGA GERAI, BACHOK yang kedudukannya hanyalah 1 km dari bandar Bachok.

Saya mewakili penduduk kampung saya, memohon jasa baik dari pihak En/Dato' supaya dapat membekalkan bekalan air bersih/paip air kerajaan kepada kg kami. Biasanya sepanjang musim kemarau, kg kami terlalu bermasalah untuk mendapatkan bekalan air bersih, begitu juga juga dgn musim banjir.

Perkara kedua ialah, masalah jalan di hadapan rumah saya yang digunakan oleh hampir seluruh penduduk kampung yang biasanya ditenggelami air apabila musim hujan. Untuk rekod, saya telah memohon sebanyak 3 kali dari Penghulu Mukim Bachok dan hasilnya masih belum kelihatan sehingga kini.

Saya berbesar hati sekiranya, pihak En/Dato' dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Segala jasa baik pihak En/Dato' saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Nurazani bt Md Aris
Dept of Mechatronics
Kulliyyah of Engineering
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Nik Kalizan b Nik Kob
JPS Wilayah Persekutuan
Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur.


Inilah antara masalah yang dihadapi hampir di seluruh negeri Kelantan. Sekarang ini kita telah mendengar terlalu banyak kepincangan dan kecuaian dalam pengurusan air di Kelantan yang diterajui oleh beberapa orang kroni Husam Musa. Peruntukkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri yang begitu besar pun entah kemana perginya. Tujuan murni Kerajaan Pusat telah digadaikan oleh pemimpin-pemimpin negeri seperti Husam dan konco-konconya. Nik Aziz pula langsung tidak pernah mengambil tahu tentang perkara-perkara begini (atau mungkin juga dia dikaburi dengan laporan-laporan palsu oleh pemimpin-pemimpin negeri yang bertanggungjawab dalam hal ini) Bagaimana pun masalah penyelewangan pengurusan air di Kelantan sekarang ini masih dalam penyiasatan BPR, maka kita tunggu sahajalah nanti bangaimana keputusannya.

Cuma..... kita rakyat Kelantan tidak perlu lagi untuk menunggu lebih lama, sekarang sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan. Tahun ini kita berpeluang untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan PAS ditukar. Seluruh rakyat Kelantan amnya dan dan orghe Bachok khasnya... kita perlu lakukan perubahan ini demi merealisasikan Kelantan Baru dan Bachok Baru, Bachok Maju...... kinilah masanya untuk kita.

InsyaAllah.... masalah-masalah rakyat seperti di atas mudah di selesaikan sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat sehaluan.

Wednesday, February 20, 2008

Berita Lawak Hari Ini..... hahaha!

INFO OLEH WAK HAMAD............
NI SATU LAGI KES TAK SEKOLAH WARTAWAN HARAKAH...... HJ HASSAN MOHAMAD JADI TOK WAKIL JELAWAT DARI TAHUN 1978 DAN MENANG LAGI TAHUN 1982. DUA PENGGAL LEPAS TU KERUSI TU DITANDINGI OLEH CIKGU SHAHABUDIN. HJ MOHAMAD HASSAN TAK PERNAH MENEWASKAN DATO OMAR. HAK LAWAN DATO OMAR IALAH TAHUN 1978 - WAN MOHAMAD WAN AHMAD -CALON BERJASA ,1982 - DATO OMAR TAK TANDING DI PERUPOK CIKGU NOOR BERTANDING LEPAS TU CIKGU NOOR MASUK HAMIM DENGAN DATO ASRI, 1986- CIKGU NOOR HAK MASUKHAMIM LAWAN DATO OMAR...1990 CIKGU NOOR LAGI LAWAN DATO OMAR.. TAHUN 1995 MOHD KADIR HASSAN LAWAN DATO OMAR...TAHUN 1999 MOKHTAR ADIK SETOPA MAMAT LAWAN DATO OMAT DANTAHUN 2004 CIKGU MOHAMAD ABDUL RAHMAN LAWAN DATO OMAR.LAIN KALI NAK TULIS TU MMIKIR SIKIT STANDARD HARAKAH. HARALAH DAH BERUMUR 20 TAHUN LEBIH DAH

p/s.......
Hahahaha...... mula2 nak rasa suko bila baca berita Harakah tu. Puok PAS Bachok ni khaba ko dok ghapo dio buat ni. Kawe tak payah cerita panjang2, pade dgn maklumat yg Wak Hamad tulis tu pun patutnyo demo keno pehe bakpo kawe beraso nak sukoo bila baca berita tu. Setaro ni jah... puok-puok PAS Bachok buat nak menyohor ke Nik Aziz.... serupo la Nik Aziz tak kenal setaro mano Tok Aji Mat ni!
Ghapo dio la puok2 ni nak harap dgn Tok Aji Mat tu, bangkali boleh la kalu nak tumpang tido free kat calet dia di Pulau Redang. Tapi sebelum tu nak tanya sikitlah... berapa kerat gak orghe Bachok yang kenal lagi dengan Tok Hj. Mat ni? Nak sukonyo tu... pengarang Harakah sendiri pun tak kenal sapo dio yang jadi subjek berita. Jom sama-sama ketawakan berita yang ditulis oleh pengarang Harakah ini.

Bekas Adun BN di Bachok sertai PAS

MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT

BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).

ImageTurut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh............


Monday, February 18, 2008

Sunday, February 17, 2008

Di Mana Tempat Anda Mengundi?

Cenderamata untuk pemilih yang datang sewaktu membuat semakan tempat mengundi di Sekretariat Pilihanraya Parlimen Bachok

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan status mereka sebagai pemilih mulai sekarang. Mereka boleh mengunjungi Kaunter Bilik Gerakan Pilihanraya Parlimen Bachok pada bila-bila masa untuk membuat semakan bagi mengetahui tempat mereka mengundi.

Bagi yang tidak dapat datang.... anda boleh menghubungi kami di talian 09-7780243 dan 09-7781201 atau melalui Email kami.... bnbachok@yahoo.com

Satu undi yang bakal anda berikan.... akan merealisasikan wawasan BACHOK BARU BACHOK MAJU

Friday, February 15, 2008

Pesanan DSP Hj. Annuar Musa

Belajarlah menjadi 'orang kecil' dalam sebuah 'kapal' yang besar. Janganlah berebut-rebut hendak menjadi 'orang besar' dalam sebuah 'kapal' yang kecil, yang akhirnya akan karam.
13 Feb 2008, Bachok.

Siapa yang menjadi liabiliti sebenarnya?

http://www.msomelayu.blogspot.com/
MSO kata.....
Sehubungan itu tersebar juga khabar mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa tidak akan bertanding di mana-mana kerusi baik Parlimen ataupun DUN pada pilihan raya akan datang.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan masalah kepada Umno Kelantan.

Annuar yang dianggap sebagai menjadi liabiliti kepada Umno dikatakan akur dengan kemungkinan strategi itu.............

http://melikapakjangak.blogspot.com/
Meli kata.....
Bgi saya nak tahu sama ada Pas dalam keadaan tertekan atau tidak, boleh dilihat sama ada Tok Guru Nik Aziz masih bertanding atau tidak. Kalau Tok Guru Nik Aziz masih bertanding, bemakna Pas dalam keadaan sangat terdesak dan Tok Guru Nik Aziz terpaksa dijadikan denak dan kalangan yang kecewa kerana tidak berpeluang jadi MB kerana Tok Guru lambat bersara, terpaksa berlakun maniskan muka.

Kalau Pas yakin boleh menang, Tok Guru Nik Aziz tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ini kerana faktor usia dan serangan yang agak teruk terhadap anak-anak dan menantunya tidak mustahil akan memerosotkan undi yang diperolehinya...........

Kawe kata...
Siapa yang dah jadi liabiliti kepada parti sebenarnya? Adakah benar DSP Nuar menjadi liabiliti kepada UMNO, atau pun dia menjadi liabiliti kepada PAS dalam usaha mempertahankan Kelantan?

Begitulah juga sebaliknya dengan kedudukan Nik Aziz.

Cuma.... adakah benar kedudukan Nik Aziz masih lagi menjadi liabiliti dalam usaha BN merampas Kelantan?

Dalam situasi Kelantan sekarang ini... adakah apa-apa lagi yg boleh menghalang kemenangan BN kerana... sudah lama tidak kedengaran cakap-cakap tentang kekuatan PAS dengan adanya Nik Aziz.

Reputasi Nik Aziz sebagai tonggak kekuatan PAS sudah semakin terhakis akibat kerakusan Husam Musa yang merupakan Exco Kanan yang paling kanan dalam kerajaan Kelantan. Husam dengan segala perancangannya akan memastikan beliau akan menggantikan Nik Aziz. Tentunya Husam tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mendengar Nik Aziz mengistiharkan pengganti Menteri Besar Kelantan.

Kalau pun tidak BN..... maka 'orang paling kanan'nya itulah sendiri yang akan melenyapkan Nik Aziz selepas PRU 12 nanti.

Bagi orang-orang BN, Nik Aziz bukan lagi menjadi faktor penghalang kejayaan BN merampas Kelantan. BN hanya melihat Nik Aziz sebagai 'orghe tuo' yang sudah begitu uzur untuk diberi kepercayaan menerajui kerajaan Kelantan. Tidak mustahil pandangan begini juga sudah ada dalam kotak minda orang-orang PAS!

Kelantan perlukan suasana kepimpinan kerajaan yang lebih 'segar' dan sewaktu persaingan antara BN dan PAS dalam pilihanraya kali ini, antara perkara yang perlu juga menjadi perhatian kedua-dua parti ialah kemampuan mana-mana pihak menawarkan suasana yang lebih 'segar' itu.

BN datang dengan semangat Kelantan Baru, Kelantan Maju. Bagaimana pula dengan PAS? Masihkah dengan semangat Membangun Bersama Islam ataupun mahu mencuba yang baru iaitu PAS for All?

Slogan PAS for All yang dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa barangkali cuba untuk 'menyegarkan' kembali rentak perjuangan PAS. Namun amat malang sekali kerana Nasharuddin Mat Isa seakan-akan lupa bahawa PAS akan menjadi sebuah parti yang tidak 'gagah' tanpa meletakkan perkataan Islam. PAS sebenarnya seperti menjadi sasau sekiranya tidak meletakkan perkataan Islam dalam slogan mereka.

Maka.... dalam PRU 12 nanti.... siapakah yang mampu memenuhi selera dan keinginan rakyat untuk melihat sesuatu yang 'segar' bagi Kerajaan Kelantan?