Friday, February 15, 2008

Siapa yang menjadi liabiliti sebenarnya?

http://www.msomelayu.blogspot.com/
MSO kata.....
Sehubungan itu tersebar juga khabar mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa tidak akan bertanding di mana-mana kerusi baik Parlimen ataupun DUN pada pilihan raya akan datang.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan masalah kepada Umno Kelantan.

Annuar yang dianggap sebagai menjadi liabiliti kepada Umno dikatakan akur dengan kemungkinan strategi itu.............

http://melikapakjangak.blogspot.com/
Meli kata.....
Bgi saya nak tahu sama ada Pas dalam keadaan tertekan atau tidak, boleh dilihat sama ada Tok Guru Nik Aziz masih bertanding atau tidak. Kalau Tok Guru Nik Aziz masih bertanding, bemakna Pas dalam keadaan sangat terdesak dan Tok Guru Nik Aziz terpaksa dijadikan denak dan kalangan yang kecewa kerana tidak berpeluang jadi MB kerana Tok Guru lambat bersara, terpaksa berlakun maniskan muka.

Kalau Pas yakin boleh menang, Tok Guru Nik Aziz tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ini kerana faktor usia dan serangan yang agak teruk terhadap anak-anak dan menantunya tidak mustahil akan memerosotkan undi yang diperolehinya...........

Kawe kata...
Siapa yang dah jadi liabiliti kepada parti sebenarnya? Adakah benar DSP Nuar menjadi liabiliti kepada UMNO, atau pun dia menjadi liabiliti kepada PAS dalam usaha mempertahankan Kelantan?

Begitulah juga sebaliknya dengan kedudukan Nik Aziz.

Cuma.... adakah benar kedudukan Nik Aziz masih lagi menjadi liabiliti dalam usaha BN merampas Kelantan?

Dalam situasi Kelantan sekarang ini... adakah apa-apa lagi yg boleh menghalang kemenangan BN kerana... sudah lama tidak kedengaran cakap-cakap tentang kekuatan PAS dengan adanya Nik Aziz.

Reputasi Nik Aziz sebagai tonggak kekuatan PAS sudah semakin terhakis akibat kerakusan Husam Musa yang merupakan Exco Kanan yang paling kanan dalam kerajaan Kelantan. Husam dengan segala perancangannya akan memastikan beliau akan menggantikan Nik Aziz. Tentunya Husam tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mendengar Nik Aziz mengistiharkan pengganti Menteri Besar Kelantan.

Kalau pun tidak BN..... maka 'orang paling kanan'nya itulah sendiri yang akan melenyapkan Nik Aziz selepas PRU 12 nanti.

Bagi orang-orang BN, Nik Aziz bukan lagi menjadi faktor penghalang kejayaan BN merampas Kelantan. BN hanya melihat Nik Aziz sebagai 'orghe tuo' yang sudah begitu uzur untuk diberi kepercayaan menerajui kerajaan Kelantan. Tidak mustahil pandangan begini juga sudah ada dalam kotak minda orang-orang PAS!

Kelantan perlukan suasana kepimpinan kerajaan yang lebih 'segar' dan sewaktu persaingan antara BN dan PAS dalam pilihanraya kali ini, antara perkara yang perlu juga menjadi perhatian kedua-dua parti ialah kemampuan mana-mana pihak menawarkan suasana yang lebih 'segar' itu.

BN datang dengan semangat Kelantan Baru, Kelantan Maju. Bagaimana pula dengan PAS? Masihkah dengan semangat Membangun Bersama Islam ataupun mahu mencuba yang baru iaitu PAS for All?

Slogan PAS for All yang dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa barangkali cuba untuk 'menyegarkan' kembali rentak perjuangan PAS. Namun amat malang sekali kerana Nasharuddin Mat Isa seakan-akan lupa bahawa PAS akan menjadi sebuah parti yang tidak 'gagah' tanpa meletakkan perkataan Islam. PAS sebenarnya seperti menjadi sasau sekiranya tidak meletakkan perkataan Islam dalam slogan mereka.

Maka.... dalam PRU 12 nanti.... siapakah yang mampu memenuhi selera dan keinginan rakyat untuk melihat sesuatu yang 'segar' bagi Kerajaan Kelantan?

No comments: