Sunday, February 24, 2008
Friday, February 22, 2008
Bakal Menteri Besar Kelantan?
Bakal Menteri Besar Kelantan?
|
|
KOTA BHARU 21 Feb. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengetuai senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan yang diumumkan hari ini sekali gus mengesahkan beliau sebagai calon Menteri Besar kelak.
Beliau akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok dan Parlimen Bachok bersama 60 peratus calon baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.
Bagaimanapun tiada kejutan dalam senarai yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Annuar Musa di kediaman di sini.
Ini kerana kesemua 22 wakil rakyat BN sebelum ini dikekalkan sebagai calon termasuk dua yang berpindah ke kerusi Parlimen.
Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang sebelum ini ADUN Kok Lanas akan bertanding bagi kerusi Parlimen Ketereh dan penyandang sedia ada, Datuk Alwi Che Ahmad akan mengambil alih tempatnya.
Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Che Min Che Ahmad akan berpindah dari kerusi Parlimen Pasir Puteh ke kerusi DUN Limbongan manakala Amran Mat Nor dari DUN Selising menggantikannya.
Bagi kerusi Parlimen, dua penyandangnya digugurkan iaitu Datuk Zaid Ibrahim (Kota Bharu) yang digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohd Razali Che Mamat (Kuala Krai) digantikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar.
Kesemua Ketua Bahagian turut dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti, kecuali Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang sedia memberi laluan bagi membolehkan BN melakukan perubahan.
Bagi kawasan DUN, daripada 45 kerusi, 24 daripadanya adalah muka baru yang buat pertama kalinya turut menyenaraikan Naib Ketua Puteri UMNO negeri iaitu Kazuni Datuk Osman, 39, bagi kerusi DUN Tanjong Mas di samping calon tunggal Wanita, Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita UMNO Machang).
Menurut Annuar, dalam menyusun senarai calon, BN telah mengambil kira penerimaan segenap lapisan politik melalui kesepakatan bersama di peringkat bahagian di samping kewibawaan dan keupayaan mereka menterjemahkan manifesto BN.
''Kita turut meneliti bakal saingan di kawasan masing-masing untuk memastikan kita dapat menawarkan kepada rakyat calon yang lebih baik dan mampu memberi kemenangan majoriti dua pertiga.
''BN mengambil pendekatan berani dan tidak konvensional tetapi secara strategik dalam hal ini dengan tekad membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela nasib rakyat dan membawa Kelantan melangkah ke era baru," ujarnya.
Mengenai kedudukannya, Annuar berkata, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen kerana mengutamakan strategi parti dan ia merupakan sebahagian daripada pengorbanan.
Dr. Awang Adek juga merasa terharu dengan penghormatan dan kepercayaan yang diberikan terhadapnya.
Beliau menegaskan, meskipun terpaksa memikul tanggungjawab yang cukup berat memenuhi tuntutan parti dan harapan rakyat, ia akan dilakukan dengan penuh komitmen untuk membangunkan negerinya.
Utusan Malaysia Online
Sembang-sembang kedai kopi....
"tahun ni sapo undi PAS berdosa belako!"
Semua orghe pakat paling dan kelih ke dia..... ada soorghe pakai pioh panas cuping telingo bangkali, bingkas bangun tanyo...
"Bakpo demo kato lagu tu.... demo jange main-main?"
Hok soorghe tadi sengih jah bila nampok dio ni panas cuping telinga, mugo dio tau... puok-puok ni bukenyo jenis boleh dengar ada orghe menguduh ke puok dio, mugo dio beraso puok-puok dio ni lebih isle daripada sapo-sapo pun!
"Ho la.... bedosa la dok sokong kerajaan hok tak leh bui air.... mugo bangun pagi nak mandi wajib. nak sembahyang subuh tak leh, tak dok air.... pah kita pakat sokong wat ghapo"
lepas tu pakat suko belako orghe dale kedai....... hahahahaha!
DR. Awang Adek Bakal MB Kelantan
Annuar Musa ke Parlimen, Dr Awang Adek ketuai jentera BN Kelantan
Barisan Nasional (BN) Kelantan Khamis mengumumkan barisan calon pilihan raya yang diyakini mampu merampas Kelantan daripada PAS dengan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik mengetuai jentera pilihan raya BN negeri.
Dr Awang Adek, penyandang kerusi Parlimen Bachok, kali ini akan bertanding di dua kerusi. Selain kekal di kawasan Parlimen itu, Timbalan Menteri Kewangan itu juga akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, di bawah Parlimen Bachok.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa pada sidang akhbar bagi mengumumkan senarai calon itu di kediamannya di Seri Puri, Bukit Marak, di Kota Bharu Khamis berkata rasional BN meletakkan Dr Awang Adek bertanding di dua kerusi adalah untuk mengekalkan kemenangan BN di Bachok.
"Ia juga adalah sebagai persediaan meletakkan Dr Awang Adek sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru sekiranya BN berjaya memerintah Kelantan," katanya.
Annuar berkata Dr Awang Adek diperlukan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok memandangkan PAS dijangka akan meletakkan Timbalan Presidennya Nasharuddin Mat Isa di kerusi itu.
Mengulas lanjut pemilihan Dr Awang Adek sebagai calon Menteri Besar, Annuar berkata anak tempatan Bachok itu berpengalaman luas di peringkat kebangsaan yang pernah memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara selain jawatannya sekarang.
"Untuk membangunkan Koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) Kelantan memerlukan seorang Menteri Besar yang mempunyai latar belakang ekonomi," katanya.
Pilihan raya kali ini turut menyaksikan perubahan apabila Annuar yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Kok Lanas kini akan bertanding di kawasan Parlimen Ketereh.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Datuk Alwi Che Ahmad akan menggantikan Annuar di DUN Kok Lanas.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed yang pada pilihan raya umum 2004 bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas, pada kali ini akan hanya bertanding bagi kerusi Parlimen Jeli.
Setiausaha politik Mustapa, Dr Azmi Setapa akan bertanding di DUN Ayer Lanas.
Penyandang BN di semua kerusi Parlimen Kelantan kekal bertanding di kerusi masing-masing, kecuali Kota Baharu dan Kuala Krai.
Kerusi Parlimen Kota Baharu yang disandang Datuk Zaid Ibrahim, akan digantikan dengan Ketua Umno Bahagian Kota Baharu yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Kerusi Parlimen Kuala Krai yang disandang Datuk Razali Che Mamat digantikan dengan seorang tokoh akademik, Prof Datuk Dr Che Musa Che Omar.
BN Kelantan mempertaruhkan calon termudanya bagi kerusi Parlimen Tumpat, iaitu seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Asraf Wajdi Dusuki yang berusia 35 tahun.
Setiausaha politik Mustapa, Dr Azmi Setapa akan bertanding di DUN Ayer Lanas.
Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga kekal bertanding di kawasan yang sama.
Penyandang BN di semua kerusi Parlimen Kelantan kekal bertanding di kerusi masing-masing, kecuali Kota Baharu dan Kuala Krai.
Kerusi Parlimen Kota Baharu yang disandang Datuk Zaid Ibrahim, akan digantikan dengan Ketua Umno Bahagian Kota Baharu yang juga Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Kerusi Parlimen Kuala Krai yang disandang Datuk Razali Che Mamat digantikan dengan seorang tokoh akademik, Prof Datuk Dr Che Musa Che Omar.
Calon yang tewas pada pilihan raya umum lalu, Datuk Dr Nik Zain Omar, sekali lagi diberi peluang untuk menentang Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di DUN Chempaka.
Calon tunggal MCA, Ir Tan Ken Ten yang juga Ketua MCA Kota Baharu diberi kepercayaan bertanding di DUN Kota Lama.
BN Kelantan juga membariskan dua calon wanita iaitu Naib Ketua Puteri Umno Kelantan, Khazuni Osman untuk bertanding di DUN Tanjung Mas, dan Ketua Wanita Umno Bahagian Machang Datin Rahimah Mohamad di DUN Temangan.
Antara muka baru calon BN ialah bekas pemimpin Semangat 46 yang pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama sepenggal (1990-1995) Zianon Abdin Ali yang akan bertanding di DUN Kemahang.
Sementara itu, Annuar berkata calon yang terdiri daripada gandingan muka baru dan lama itu dilihat mampu membawa kemenangan kepada BN dan melaksanakan agenda pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat Kelantan.
"Pemilihan calon kali ini mengambil kira sokongan di peringkat akar umbi. Kita juga mendapat sokongan penuh daripada pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon kali ini," katanya.
Katanya pada pada pilihan raya umum kali ini, BN Kelantan yakin memperolehi kemenangan dengan majoriti lebih dua pertiga bagi mengakhiri pentadbiran PAS selama 18 tahun di Kelantan.
Kebanyakan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini turut hadir pada sidang akhbar itu.
http://www.agendadaily.com/
Negara Kebajikan..... BN sudah lama lakukan!
Kerajaan BN cukup pemurah, diberikan berbagai ganjaran untuk rakyat.
Tiada janji yang tidak dikota, bukan seperti janji si pembangkang durjana.
Kesihatan
* 98% subsidi ditanggung kerajaan, bagi rakyat miskin RM 1 kerajaan
tolak tak perlu dikenakan.
* Wujud tabung bantuan perubatan bagi membantu rakyat yang memerlukan
bantuan. Sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2008
* Bagi wanita memerlukan ujian saringan momogram bantuan khas
diberikan juga oleh kerajaan
Pendidikan
* Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga
menengah
* Hapuskan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan di semua
peringkat sekolah
* Buku teks diberi percuma tanpa mengira pendapatan keluarga - nak
harapkan pembangkang akhbar internet pun kena print sendiri, harakah
pun kena bayar RM2.00. Nak harapkan mereka biaya buku teks ke macam ni?
* Kemudahan asrama diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan
Sarawak. Semenanjung Malaysia semua dapat subsidi dari kerajaan.
* Skim Bantuan Tuisyen diberikan kepada pelajar miskin
* Rancangan Makanan Tambahan dibekalkan secara percuma
* Program Susu Sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan
* Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu
murid-murid miskin bagi menampung kos menghadiri sekolah
* Sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum
kepada pelajar sekolah.
* Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid sekolah menengah dinaikan
* Pelepasan Cukai Pendapat RM4,000 diberikan kepada ibu bapa yang
mempunyai anak yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan
Luar Negara
* Perlepasan Cukai Pendapatan sebanyak RM 9,000 diberikan kepada ibu
bapa yang mempunyai anak OKU yang belajar di Institut Pengajian Tinggi.
* RM 22,258 juta telah diberi kelulusan untuk meminjam wang Pinjaman
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional jadi sebagai rakyat Malaysia yang
berpelajaran dan menghargai jasa dan bantuan yang diberikan maka
eloklah dibayar kembali. Bukan untuk kesenangan kerajaan tetapi untuk
kerajaan salurkan kepada adik-adik baru yang memerlukan pembiayaan di
masa hadapan.
Pengasuhan Kanak-Kanak
* TASKA di sektor awam - RM80,000 diberikan kepada majikan yang
mewujudkan TASKA di tempat kerja sektor awam.
* TASKA Komuniti - RM64,000 diberikan untuk penubuhannya dan RM55,000
untuk kos operasi setiap tahun + subsidi RM180 seorang sebulan
diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai TASKA Komuniti
* TASKA/TADIKA KEMAS - RM150,000 hingga RM170,000 diberikan jika bina
bangunan baru TASKA KEMAS. RM20,000 hingga RM26,000 untuk beli peralatan.
* TASKA Rumah - RM10 juta untuk membolehkan NGO beri latihan kepada
suri rumah untuk wujudkan TASKA di rumah.
Perumahan
* Kerajaan belanja RM997.0 juta setahun untuk penyediaan Perumahan
Rakyat Termiskin
* Program Bantuan Rumah juga diberikan kepada warga emas, OKU dan ibu
tunggal
Bantuan Kebajikan
* Bantuan Kanak-kanak - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
* Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
* Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
* Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang
terlantar
* Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
* Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
* Bantuan Bencana Alam - Maksimum RM 5,000
* Bantuan Mangsa Binatang Buas - RM20,000 (kalau kena baham PAS
kerajaan naikan lagi)
* Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
* Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
* Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
* Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan - Jumlah keseluruhan lebih kurang
RM30 juta
Kemudahan Awam
* Bekalan Air Bersih 97.9% di bandar dan 92.6% luar bandar
* Bekalan Elektrik 100% penduduk bandar dan 93.8% luar bandar
* Kemudahan telefon disedikan
* Kemudahan telefon mudah alih disediakan
Pekerjaan
* Menyediakan peluang pekerjaan baru kepada 200,000 - 400,000 rakyat
setahun
* Kadar pengangguran yang rendah di bawah paras 4%
Kebajikan Pekerja Sektor Awam
* Kenaikan Gaji 7.5% - 3.5% dan faedah melibatkan perbelanjaan
tambahan sebanyak rm8,000 juta setahun
* Cuti Bersallin bergaji penuh 60 hari dan cuti menjaga anak maksimum
5 tahun tanpa kehilangan faedah kenaikan gaji
* Cuti kepada suami apabila isteri bersalin selama 7 hari
* Cuti tanpa rekod selama 3 hari apabila waris terdekat meninggal dunia
* Kemudahan kesihatan percuma kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak
* Balu/Duda tiada kehilangan pencen terbitan apabila bekahwin semula
Subsidi Kerajaan Persekutuan
* Petrol dan Diesel - RM37,000 juta setahun
* LPG - RM3,000 juta setahun
* Padi - RM1,000 juta setahun
* Pendidikan - RM30,000 juta setahun
* Kesihatan - RM9,000 juta setahun
* Lain-Lain - RM1,000 juta setahun
* JUMLAH ------------ -> RM 81,000 JUTA SETAHUN
Pengangkutan
* Menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai Januari 2007
melibatkan pengurangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM250.0 juta setahun
* Cukai Jalan bagi motorsikal berkuasa 150cc dikurangkan daripada RM50
kepada RM2 setahun
* Cukai Kenderaan Persendirian di bawah 1600cc dikurangkan sebanyak 50%
Jika dilihat di atas jelas disini kadang-kala kita mudah lupa atau
terlupa akan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini.
Kita mudah terpengaruh dengan janji-janji baru yang dibuat pembangkang
kononnya bertindak untuk membela nasib rakyat. Terang-terang selama
ini mereka turut menjamu selera sumber kewangan dan bantuan yang
diberikan oleh kerajaan. Terang-terang janji mereka untuk membina
negara kebajikan semuanya mencedok idea daripada kerajaan. Kerajaan BN
telah awal-awal lagi menubuhkan "Negara Kebajikan" dan kini diciplak
oleh pembangkang. Cuma bezanya mereka hanya mampu berjanji dan berkata
tetapi tidak pandai atau tahu merealisasikannya.
Disebabkan kita rakyat Malaysia kadang kala mudah lupa akan kebaikan
yang telah diberikan kerajaan, dengan membaca artikel ini maka
dapatlah kita kembali berfikir bagaimana kerajaan BN telah terdahulu
memberikan cahaya bantuan kepada rakyat dengan pelbagai bantuan dan
subsidi untuk kesejahteraan bersama sesama rakyat.