Thursday, February 14, 2008

Bilik Gerakan BN Parlimen Bachok Beroperasi 24 Jam

BACHOK : Kaunter Khidmat Bantuan Sekretariat Barisan Nasional Parlimen Bachok telah beroperasi dan dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.

Kaunter Khidmat Bantuan yang dikendalikan oleh petugas Puteri UMNO Bachok itu, terletak di tingkat bawah Pejabat Sekretariat BN Parlimen Bachok.

Seramai tiga orang petugas Puteri akan bertugas mengikut giliran dengan dibantu petugas-petugas tetap Bilik Gerakan BN Parlimen Bachok.

Haji Zulkifli selaku Pengurus Sekretariat Barisan Nasional Parlimen Bachok berkata;
"Orang ramai boleh mengunjungi Kaunter Khidmat Bantuan untuk membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui tempat mereka mengundi atau pun status pendaftaran mereka kerana kaunter khidmat bantuan di sini telah disediakan talian internet untuk capaian laman web SPR."
"Selain daripada itu di sini boleh dianggap sebagai 'one-stop-center' kerana selain menempatkan kaunter khidmat bantuan yang dikendalikan oleh Puteri, di sini juga merupakan Bilik Gerakan bagi Jentera Pilihanraya BN Parlimen Bachok. Pejabat Sekretariat BN Parlimen Bachok pula terletak di tingkat atas," kata beliau lagi.
Pembukaan Bilik Gerakan dan Kaunter Khidmat Bantuan di premis yang mudah dikunjungi ini diharap dapat melicinkan gerakan Jentera Pilihanraya BN Parlimen Bachok. Para petugas juga bersedia menawarkan khidmat mesra pengguna sebagai bukti komitmen YB Dato' DR. Awang Adek kepada rakyat Bachok seluruhnya.

Pegawai Unit ICT DUN Jelawat menandatangani penerimaan komputer untuk kegunaan Peti-Peti Undi sepanjang operasi pilihanraya kali ini.

No comments: