Showing posts with label Respon. Show all posts
Showing posts with label Respon. Show all posts

Thursday, February 21, 2008

fromnurazani
toorghebachok@gmail.com,
dateThu, Feb 21, 2008 at 12:53 PM


Assalamualaikum,

Yang Berbahagia En/Dato'


Saya mengambil kesempatan ini, untuk menarik perhatian pihak UMNO Bachok berhubung dengan masalah yang dihadapi sekian lama oleh penduduk KG TELAGA GERAI, BACHOK yang kedudukannya hanyalah 1 km dari bandar Bachok.

Saya mewakili penduduk kampung saya, memohon jasa baik dari pihak En/Dato' supaya dapat membekalkan bekalan air bersih/paip air kerajaan kepada kg kami. Biasanya sepanjang musim kemarau, kg kami terlalu bermasalah untuk mendapatkan bekalan air bersih, begitu juga juga dgn musim banjir.

Perkara kedua ialah, masalah jalan di hadapan rumah saya yang digunakan oleh hampir seluruh penduduk kampung yang biasanya ditenggelami air apabila musim hujan. Untuk rekod, saya telah memohon sebanyak 3 kali dari Penghulu Mukim Bachok dan hasilnya masih belum kelihatan sehingga kini.

Saya berbesar hati sekiranya, pihak En/Dato' dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Segala jasa baik pihak En/Dato' saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Nurazani bt Md Aris
Dept of Mechatronics
Kulliyyah of Engineering
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Nik Kalizan b Nik Kob
JPS Wilayah Persekutuan
Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur.


Inilah antara masalah yang dihadapi hampir di seluruh negeri Kelantan. Sekarang ini kita telah mendengar terlalu banyak kepincangan dan kecuaian dalam pengurusan air di Kelantan yang diterajui oleh beberapa orang kroni Husam Musa. Peruntukkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri yang begitu besar pun entah kemana perginya. Tujuan murni Kerajaan Pusat telah digadaikan oleh pemimpin-pemimpin negeri seperti Husam dan konco-konconya. Nik Aziz pula langsung tidak pernah mengambil tahu tentang perkara-perkara begini (atau mungkin juga dia dikaburi dengan laporan-laporan palsu oleh pemimpin-pemimpin negeri yang bertanggungjawab dalam hal ini) Bagaimana pun masalah penyelewangan pengurusan air di Kelantan sekarang ini masih dalam penyiasatan BPR, maka kita tunggu sahajalah nanti bangaimana keputusannya.

Cuma..... kita rakyat Kelantan tidak perlu lagi untuk menunggu lebih lama, sekarang sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan. Tahun ini kita berpeluang untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan PAS ditukar. Seluruh rakyat Kelantan amnya dan dan orghe Bachok khasnya... kita perlu lakukan perubahan ini demi merealisasikan Kelantan Baru dan Bachok Baru, Bachok Maju...... kinilah masanya untuk kita.

InsyaAllah.... masalah-masalah rakyat seperti di atas mudah di selesaikan sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat sehaluan.

Sunday, February 3, 2008

Nak kerja di UMK...


from ina
2:10 am (13 hours ago)
to orghebachok@gmail.com
date Feb 3, 2008 2:10 AM


Assalamualaikum.........
Ok jugak blog ni, boleh wat ilang puah.... Ambo ni orghe bachok jugak duk Shah Alam, ngaji lagi di tahun akhir Uitm..... Mula di Uitm Dungun 3 tahun pah tu sambung pulak di Shah Alam 2 tahun..... Ni dah semesta akhir, pah tu nak cari keja pulak.

Molek la tu Dato Awang kurniaan illahi di Bachok. Mulo masa ambo nak masuk U buat Diploma Dato Pa tolong, pah tu ambo nak masuk U buat degree Dato Awang pulak tolong...... Tima Kasih banyak2 kepada Dato Awang, budi Dato akan ambo kenang sokmo-sokmo.... mula ambo tak leh ngundi lagi, budak sangat, pilihanraya ni boleh dah ambo gi daftar kat pejabat pos shah alam , kena ngundi dalam Parlimen Bachok.

InsyAllah kalu panjang umur ambo nak ngundi Dato nak balas budi Dato.... Syabas Dato.

Baru ni masa cuti ambo balik dan sempat jugak gi jalan2 Pantai Irama..... Wau...... banyaknya perubahan hak Dato buat, ambo tenguk, duk tengah buat lagi keja2 ubahsuai dan memperelokkan lagi land scape di Pantai Irama.... Ambo rasa kalu ambo balik bulan lima ni tentu dah siap dah projek tu... koho comel la pantai kita.....

Ambo nak tanya juga..... ada sapa tau Universiti Malaysia Kelantan nak buat mana? Hak ambo tau ada dah kampus di Kalan Chepa, betul ka nak buat Tanggok, Bachok kita. Kalu betul gitu gak, koho majulah Bachok Kita......... Patut lah Dato Awang guna BACHOK BARU BACHOK MAJU..... Ambo bukanya apa tapi sekurang2nya boleh la tumpang sekali cari keja situ.....sera serupa nak buat master pulak, nak keja situ jadi Pensyarah...... kut2 Dato Awang boleh tolong pulak.

Terima Kasih Dato'




from: Cikgu Bachok.....
to: orghebachok@gmail.com
date: Feb 2, 2008 10:37AM

Warga pendidik di daerah Bachok mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Awang Adek kerana hasil kecaknaan Dato' mengadakan Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris percuma, peningkatan pencapaian bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR begitu ketara sekali.

Melalui tuisyen khas bagi subjek bahasa Inggeris di semua sekolah jajahan Bachok secara tidak langsung telah meningkatkan bilangan pencapaian 5A dalam UPSR. Kalau dulu murid seluruh Bachok tidak pernah melebihi 100 orang yang mendapat 5A akibat gagal Bahasa Inggeris, tetapi kini telah meningkat dengan begitu ketara (300 orang 5A UPSR 2007).

Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa wawasan dan pandangan jauh seorang pemimpin yang memahami erti betapa bernilainya pendidikan bagi genarasi akan datang.

Semoga Bachok terus maju,di bawah pemimpinan yang berkaliber....

Friday, February 1, 2008

Respon Sulung



from dzull182
to orghebachok@gmail.com
date Feb 1, 2008 12:37PM


Assalamualaikum...............

Nampak gaya macam blog ni baru je....Kalu gitu molek la, lagi pun kita anak-anak bachok ni nak juga tengok BACHOK BARU BACHOK MAJU hak Dato Awang duk war-war setiap kali dia berucap dalam majlis. Dato Awang tu Timbalan Menteri susah juga kita nak bui pandangan dan buah pikiran....lagi pun kita ni budak kampong jah. Dengan adanya blog ni sekurang-kurang nya dapat juga kita berkomunikasi, bui pandangan dan cadangan ka dia, itu pun kalu dia baca blog ni.

Ambo selaku Orghe Bachok pun amat berbangga dengan adanya Dato Awang, tuk wakil kita....dia dah banyak dah, buat perubahan di Bachok ni, dia berjaya buat balik U,Hospital & Kolej Jururawat, Kolej MARA, beesar Kuala Kemasin dan macam-macam lagi projek kecik untuk kesenangan puak-puak kita Bachok ni. Kalu lagu tu gak kawe rasa nak bui ka dia peluang sekali lagi nak tengok perlaksanaan pulak dan takut ada benda baru lagi hak dia nak wat balik........

Ambo dan semua keluarga ambo dah gerenti nak bui peluang ka dia sekali lagi,walaupun ambo orang atah pagar tidak orang umno tapi ambo nak try sekali lagi............