Saturday, February 9, 2008

Fitnah Orghe PAS......

Kepada seluruh Orghe Bachok......


lihat dan bacalah fitnah orghe-orghe PAS yang tersiar di manjanik.wordpress ini. Siapakah yang bersetuju dengan cerita dongeng di bawah? Marilah sama-sama kita nafikan fitnah ini dengan membuktikannya melalui pilihanraya akan datang. Mari kita kekalkan kemenangan bersejarah BN di Bachok.

Kemenangan bersejarah 2004 itu akan lebih bermakna lagi jika pada pilihanraya 2008 ini kita rampas dua lagi kerusi DUN iaitu Tawang dan Perupok. Jika ini dapat kita lakukan, bermakna akan hancurlah salah satu kubu PAS di Kelantan!

Jangan kita kembalikan Bachok ke tangan PAS....... kita teruskan langkah yang telah kita mulakan pada 2004 untuk membina Bachok Baru Bachok Maju.

Umno Kelantan bersatu? : Annuar Musa tipu Najib

June 26, 2007

Di Bachokpun apa kurangnya. Rasa tidak puashati Datuk Dr Awang Adek kepada Datuk Dr Illias Husin masih belum reda. Cemburu beliau di atas kejayaan Datuk Lias berada dalam kelompok elit kepimpinan Umno Kelantan benar-benar merunsingkannya.

Apatah lagi banyak janji yang beliau tabur tidak dapat dilaksanakan di Parlimen Bachok. Antaranya janji menghapuskan bayaran bil letrik kepada orang-orang miskin, rumah percuma dan peluang pekerjaan kepada rakyat Bachok sekiranya beliau menang. Bila menang semuanya “habukpun tarak” dan kembali semula bila hampir pilihanraya untuk berjanji lagi. Silakan

Berbeza dengan Datuk Lias yang banyak bersama dengan rakyatnya sekaligus ini telah mengharumkan namanya. Sikap Datuk Lias yang hanya menumpukan Dun Jelawat sahaja dan membiarkan Datuk Awang Adek menyelesaikan masalah-masalah di dun-dun lain juga membuatkan Awang Adek tidak berpuashati. Ini kerana Datuk Lias juga merupakan pimpinan utama Umno bahagian Bachok.

Manakala Haji Zulkifli yang menjadi calon BN di Dun Tawang dalam PRU 11 merupakan musuh utama Awang Adek. Beliau yang merupakan bekas Ketua Pemuda S 46 adalah diantara orang yang banyak memberi masalah kepada Awang Adek. Ketokohan dan pengaruh beliau tidak boleh dinafikan oleh Awang Adek.

“Berpisah”nya Ustaz Omar Khalid dengan Awang Adek juga suatu beban besar kepada beliau. Omar Khalid yang banyak membantu Awang Adek khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama telah meninggalkan beliau. Tindakan ini dibuat kerana dikatakan Awang Adek tidak ambil berat soal kebajikan Omar. Omar yang ditugaskan memimpin satu pasukan pengurusan jenazah di parlimen Bachok telah menyerahkan kembali van jenazah dan membubarkan pasukannya. Van itu sekarang ada di rumah Awang Adek.

No comments: