Saturday, February 9, 2008

Bangunan PAS Makin Gah

Nilai perjuangan Islam PAS - MASJID makin UZUR, BANGUNAN Pas GAH

2827.jpg

Antara masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana Kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah.

Slogan ‘KEPULANGANMU, KEBANGGAANKU’ yang dipamerkan pada papan tanda besar yang tertera gambar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya sudah lama dibuang.

Ini kerana ianya terlalu memalukan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri ini.

Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 16 tahun.

Beberapa fakta di bawah membuktikan kegagalan Kerajaan Pas memerintah negeri. Banggakah pemimpin Pas bila…

Kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga.

- Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

- Rakyat di negeri ini khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam.

- Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini. Tak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berceramah di masjid yang uzur (bocor) semasa hari kebesaran Islam. Tak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu?

Paling dikesalkan - bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’. Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat.

Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu?

- Rakyat Kelantan terfikir - jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah ALLAH yang uzur itu.

- Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

- Padahal, kalau diharapkan kepada Pas, tentu masjid berkenaan masih berada dalam keadaan yang cukup memalukan umat Islam, khususnya rakyat Kelantan yang berada di perantauan.

Banggakah Kerajaan Pas bila makin ramai rakyat Kelantan, khususnya anak-anak muda yang menganggur? Mereka gagal mendapat pekerjaan kerana Kerajaan Pas tidak mempunyai visi yang jelas untuk mewujudkan peluang baru.

- Pemimpin Pas hanya asyik berceramah dan menaiki pentas untuk menghina UMNO tetapi mereka gagal untuk menjaga rakyat. Bila ramai yang menganggur, wujud pula pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, mencuri dan kegiatan tidak bermoral.

- Bagaimanapun, rakyat bersyukur kerana Kerajaan Pusat ‘menghadiahkan’ RM7.6 bilion dalam RMK-9 termasuk membina Universiti Malaysia Kelantan (UMK). UMK sudah pasti akan dapat mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi yang pesat kepada penduduk setempat.

Banggakah pemimpin Pas bila melihat tanah rakyat dijual kepada syarikat dari luar Kelantan? Kawasan hutan simpan dan balak dibolot dengan begitu mudah.

- Buktinya, tanah untuk pembukaan Ladang Rakyat dijual dengan harga yang murah dan balak diangkut sewenang-wenangnya. Peserta Ladang Rakyat disogok dengan elaun RM200 tetapi hasilnya belum diperolehi. Mana syarikat sanggup berbuat demikian jika mereka tidak mendapat untung?

- Tanah di Wakaf Che Yeh dibeli oleh MPKB dengan harga yang rendah dan baki bayaran kepada tuan punya tanah ‘ditahan’ atas alasan perundangan. Kemudian tanah itu (bangunan yang dibina) dijual oleh pemaju dengan harga yang berkali ganda sehingga tuan punya tanah membuat demonstrasi sebanyak tiga kali. Pada awalnya, MPKB dengan syarikat swasta itu berjanji untuk membina banyak kemudahan awam termasuk pasar borong, masjid, pusat tahfiz dan lain-lain. Malangnya, masjid diletakkan di lokasi belakang dan bangunan kedai bernilai lebih RM1 juta dibina di kawasan depan.

Persoalannya….

Adilkah Kerajaan Pas?

img_2812.jpgimg_2808.jpg
Bangunan Pas Pengkalan Chepa sedang rancak dibina. Dari mana mereka mendapat wang untuk membina bangunan besar dan indah dengan begitu cepat sekali?

img_2817.jpgimg_2815.jpg
Bangunan Putik milik Pas tersergam indah dengan ’sekelip mata’ tanpa sebarang masalah.

2828.jpg2824.jpg
Pas Ketereh berjaya membina bangunan yang tersergam indah. Bagaimana dengan masjid Ketereh yang ’selamat’ dibantu oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Pas tidak berjaya ‘menyelamatkannya’.

Daripada..... putraon9.wordpress.com/.../

No comments: