Thursday, February 21, 2008

fromnurazani
toorghebachok@gmail.com,
dateThu, Feb 21, 2008 at 12:53 PM


Assalamualaikum,

Yang Berbahagia En/Dato'


Saya mengambil kesempatan ini, untuk menarik perhatian pihak UMNO Bachok berhubung dengan masalah yang dihadapi sekian lama oleh penduduk KG TELAGA GERAI, BACHOK yang kedudukannya hanyalah 1 km dari bandar Bachok.

Saya mewakili penduduk kampung saya, memohon jasa baik dari pihak En/Dato' supaya dapat membekalkan bekalan air bersih/paip air kerajaan kepada kg kami. Biasanya sepanjang musim kemarau, kg kami terlalu bermasalah untuk mendapatkan bekalan air bersih, begitu juga juga dgn musim banjir.

Perkara kedua ialah, masalah jalan di hadapan rumah saya yang digunakan oleh hampir seluruh penduduk kampung yang biasanya ditenggelami air apabila musim hujan. Untuk rekod, saya telah memohon sebanyak 3 kali dari Penghulu Mukim Bachok dan hasilnya masih belum kelihatan sehingga kini.

Saya berbesar hati sekiranya, pihak En/Dato' dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Segala jasa baik pihak En/Dato' saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Nurazani bt Md Aris
Dept of Mechatronics
Kulliyyah of Engineering
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Nik Kalizan b Nik Kob
JPS Wilayah Persekutuan
Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur.


Inilah antara masalah yang dihadapi hampir di seluruh negeri Kelantan. Sekarang ini kita telah mendengar terlalu banyak kepincangan dan kecuaian dalam pengurusan air di Kelantan yang diterajui oleh beberapa orang kroni Husam Musa. Peruntukkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri yang begitu besar pun entah kemana perginya. Tujuan murni Kerajaan Pusat telah digadaikan oleh pemimpin-pemimpin negeri seperti Husam dan konco-konconya. Nik Aziz pula langsung tidak pernah mengambil tahu tentang perkara-perkara begini (atau mungkin juga dia dikaburi dengan laporan-laporan palsu oleh pemimpin-pemimpin negeri yang bertanggungjawab dalam hal ini) Bagaimana pun masalah penyelewangan pengurusan air di Kelantan sekarang ini masih dalam penyiasatan BPR, maka kita tunggu sahajalah nanti bangaimana keputusannya.

Cuma..... kita rakyat Kelantan tidak perlu lagi untuk menunggu lebih lama, sekarang sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan. Tahun ini kita berpeluang untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan PAS ditukar. Seluruh rakyat Kelantan amnya dan dan orghe Bachok khasnya... kita perlu lakukan perubahan ini demi merealisasikan Kelantan Baru dan Bachok Baru, Bachok Maju...... kinilah masanya untuk kita.

InsyaAllah.... masalah-masalah rakyat seperti di atas mudah di selesaikan sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat sehaluan.

No comments: