Sunday, February 3, 2008

Nak kerja di UMK...


from ina
2:10 am (13 hours ago)
to orghebachok@gmail.com
date Feb 3, 2008 2:10 AM


Assalamualaikum.........
Ok jugak blog ni, boleh wat ilang puah.... Ambo ni orghe bachok jugak duk Shah Alam, ngaji lagi di tahun akhir Uitm..... Mula di Uitm Dungun 3 tahun pah tu sambung pulak di Shah Alam 2 tahun..... Ni dah semesta akhir, pah tu nak cari keja pulak.

Molek la tu Dato Awang kurniaan illahi di Bachok. Mulo masa ambo nak masuk U buat Diploma Dato Pa tolong, pah tu ambo nak masuk U buat degree Dato Awang pulak tolong...... Tima Kasih banyak2 kepada Dato Awang, budi Dato akan ambo kenang sokmo-sokmo.... mula ambo tak leh ngundi lagi, budak sangat, pilihanraya ni boleh dah ambo gi daftar kat pejabat pos shah alam , kena ngundi dalam Parlimen Bachok.

InsyAllah kalu panjang umur ambo nak ngundi Dato nak balas budi Dato.... Syabas Dato.

Baru ni masa cuti ambo balik dan sempat jugak gi jalan2 Pantai Irama..... Wau...... banyaknya perubahan hak Dato buat, ambo tenguk, duk tengah buat lagi keja2 ubahsuai dan memperelokkan lagi land scape di Pantai Irama.... Ambo rasa kalu ambo balik bulan lima ni tentu dah siap dah projek tu... koho comel la pantai kita.....

Ambo nak tanya juga..... ada sapa tau Universiti Malaysia Kelantan nak buat mana? Hak ambo tau ada dah kampus di Kalan Chepa, betul ka nak buat Tanggok, Bachok kita. Kalu betul gitu gak, koho majulah Bachok Kita......... Patut lah Dato Awang guna BACHOK BARU BACHOK MAJU..... Ambo bukanya apa tapi sekurang2nya boleh la tumpang sekali cari keja situ.....sera serupa nak buat master pulak, nak keja situ jadi Pensyarah...... kut2 Dato Awang boleh tolong pulak.

Terima Kasih Dato'




from: Cikgu Bachok.....
to: orghebachok@gmail.com
date: Feb 2, 2008 10:37AM

Warga pendidik di daerah Bachok mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Awang Adek kerana hasil kecaknaan Dato' mengadakan Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris percuma, peningkatan pencapaian bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR begitu ketara sekali.

Melalui tuisyen khas bagi subjek bahasa Inggeris di semua sekolah jajahan Bachok secara tidak langsung telah meningkatkan bilangan pencapaian 5A dalam UPSR. Kalau dulu murid seluruh Bachok tidak pernah melebihi 100 orang yang mendapat 5A akibat gagal Bahasa Inggeris, tetapi kini telah meningkat dengan begitu ketara (300 orang 5A UPSR 2007).

Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa wawasan dan pandangan jauh seorang pemimpin yang memahami erti betapa bernilainya pendidikan bagi genarasi akan datang.

Semoga Bachok terus maju,di bawah pemimpinan yang berkaliber....

Pelabuhan perikanan di Kemasin

BACHOK 30 Jun – Kerajaan Pusat memperuntukkan RM70 juta bagi membina pelabuhan perikanan di Kemasin, di sini, yang bakal menjadi pelabuhan kedua terbesar di Kelantan, yang diharap dapat memberi faedah kepada lebih 400 nelayan tempatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata fasa pertama projek itu membabitkan kerja-kerja memperluas serta mendalamkan muara sungai oleh sebuah syarikat tempatan.

Beliau berkata, fasa kedua projek-projek itu pula akan membabitkan pembinaan jeti, pusat pendaratan dan kompleks perikanan bagi kemudahan pendaratan ikan serta pemasaran hasil tangkapan nelayan.

“Keseluruhan projek dijangka siap akhir tahun depan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sempena lawatan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan ke Parlimen Bachok, di sini, hari ini.

UMK lengkapkan universiti awam di setiap negeri

KOTA BHARU 1 Julai – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mula mengambil kumpulan pelajar perintisnya hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia melengkapkan kewujudan sebuah universiti awam di setiap negeri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia menandakan satu pencapaian besar dalam bidang pendidikan tinggi negara yang kini memiliki 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

‘‘Bagi rakyat Kelantan pula, ia suatu kebanggaan apabila UMK terhasil dan menjadi kenyataan setelah penantian lebih 20 tahun bagi melihat tertubuhnya sebuah universiti awam di negeri ini.

‘‘Saya sendiri cukup terharu apabila melihat sesi pendaftaran pelajar pada pagi ini kerana ia merupakan satu senario baru di negeri ini dan semua ini akan menjadi peristiwa yang tidak akan saya lupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat UMK Bersama Ibu Bapa di Kampus Sementara UMK, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Seramai 400 pelajar dari seluruh negara mula mendaftar hari ini untuk mengikuti sesi pengajian tahun 2007/2008 dalam empat program Ijazah Sarjana Muda iaitu Keusahawanan, Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian), Teknologi Kreatif dan Pengajian Warisan.

Sementara itu, Mustapa berkata, walaupun UMK ditubuhkan di Kelantan, namun orientasi universiti ini tetap bersifat nasional dengan pengambilan pelajar itu sendiri adalah 75 peratus melibatkan pelajar dari luar Kelantan.

Katanya, ini kerana menjadi dasar kerajaan bahawa setiap universiti awam di negara ini tanpa mengira di mana pun ia diwujudkan bukanlah eksklusif untuk rakyat sesuatu negeri tetapi ia adalah untuk semua rakyat Malaysia.

‘‘Malah, kumpulan pelajar sulung UMK juga menyaksikan 29 peratus adalah pelajar bukan bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak.

‘‘Selain itu saya turut memuji perjalanan proses pendaftaran yang berlangsung di UMK apabila masa yang diperlukan sehingga selesai mendaftar bagi seorang pelajar hanyalah kira-kira 15 minit.

‘‘Walaupun segala-galanya di UMK adalah baru, namun Alhamdulillah saya sangat gembira dan kesemua ibu bapa juga berpuas hati apabila segala urusan berjalan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu ketika ditanya berhubung pembinaan kampus induk UMK di Bachok dan kampus cawangan di Jeli, Mustapa berkata, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja kelulusan tanah diperoleh.

‘‘Untuk kampus induk, dari segi tapak tidak ada masalah cumanya terdapat sedikit masalah birokrasi berhubung kerja-kerja ukur tanah yang belum selesai membuatkan kelulusan tanah belum dapat diperoleh,” katanya.

Anak Kelantan perantau tentukan peluang BN

BACHOK 28 Julai – Rakyat Kelantan yang terpaksa merantau mencari peluang pekerjaan yang tidak ditawarkan di negeri ini, menjadi penentu penting sama ada Barisan Nasional (BN) mampu merampas tampuk pentadbiran negeri pada pilihan raya umum akan datang atau tidak.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, atas faktor itu golongan ini tidak boleh diabaikan sebaliknya perlu didampingi dengan memberi kesedaran berhubung tanggungjawab mereka menyokong BN.

Katanya, ini kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat seperti yang mereka dapat lihat di negeri-negeri tempat mereka berhijrah mencari rezeki.

‘‘Jumlah pengundi yang bermastautin di luar Kelantan cukup ramai misalnya di kawasan Shah Alam sahaja terdapat lebih 40,000 orang.

‘‘Sebab itu mereka ini yang akan menjadi penentu sama ada negeri kelahiran mereka akan terus mundur di bawah kepimpinan Pas atau mampu bangkit maju seiring dengan negeri-negeri lain yang mereka berhijrah itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Bachok 2007 di Sekolah Menengah Teknik Bachok, dekat sini hari ini.

Pada majlis yang sama Dr. Mohamad Khir turut melepaskan lima ekor merpati putih sebagai simbolik kepada usaha menawan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang.

Gimik melepaskan burung merpati itu turut disaksikan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalannya, Datuk Dr. Ilias Husain.

Dr. Mohamad Khir berkata, ramai rakyat Kelantan yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, keusahawanan, akademik dan sebagainya kini terpaksa menabur bakti di luar sedangkan ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan Pas dapat memajukan negeri ini.

Tambah beliau, dari segi itu sepatutnya golongan perantau sedar yang pimpinan Pas sebenarnya tidak berwawasan dan tiada perancangan jangka panjang kecuali demi kepentingan politik sendiri.

“Selepas mencapai kemenangan, amanah membangunkan negeri dan membela kesejahteraan rakyat diabaikan melainkan memberikan bantuan apabila menjelang pilihan raya umum,” jelasnya.

Berhubung dengan tanggungjawab pengundi luar Kelantan yang bekerja di Selangor, katanya, Badan Perhubungan UMNO Negeri itu sedia bekerjasama dengan BN Kelantan bagi merealisasikan matlamat Kelantan Baru dan Kelantan Maju.

Katanya, pertemuan dengan pelajar, pendidik dan warga perindustrian rakyat Kelantan di negeri itu perlu disusun atur dalam tempoh yang terdekat.

UMNO Kelantan terima siapa sahaja calon

BACHOK 27 Jan. – UMNO Kelantan menyambut baik ingatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu setiap pemimpin parti itu menerima hakikat bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak akan terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pemimpin UMNO negeri tidak mempunyai masalah dan menerima dengan terbuka bahawa pemilihan calon diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti.

Menurut beliau, setiap keputusan akan diterima dan dipatuhi tanpa berbelah-bahagi kerana yang paling penting adalah agenda bagi memastikan kemenangan parti demi kebaikan semua rakyat Kelantan.

“Siapa sahaja calon yang dipilih kita akan terima, perkara ini (calon) tidak menjadi isu dan masalah di Kelantan kerana semua akur, setuju dan patuh dengan keputusan pucuk pimpinan kerana yang paling penting ialah memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan merampas kembali negeri daripada Pas,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan 45 kunci gerai perniagaan di Pantai Irama dan Tangok kepada penyewanya di sini hari ini.

Gerai yang terletak di kawasan strategik dan menjadi tumpuan orang ramai serta menelan kos sebanyak RM680,000 itu telah siap dibina dan diduduki oleh peniaga terbabit pada tahun lalu.

Semalam, Najib mengingatkan setiap pemimpin UMNO supaya menerima hakikat bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak akan terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu Timbalan Presiden UMNO itu berkata, mereka harus bersedia untuk menerima apa juga keputusan pucuk pimpinan sama ada terpilih atau sebaliknya.

Beliau menegaskan, sebagai anggota kepada sebuah parti, mereka tertakluk kepada apa jua keputusan serta peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peluang kemenangan BN di negeri ini, Awang Adek berkeyakinan penuh dengan sokongan seluruh rakyat yang mahukan perubahan. Dengan kekuatan dan kerjasama antara parti komponen, kemenangan itu akan menjadi kenyataan, katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini sudah muak dengan pelbagai janji Pas untuk membawa kemakmuran ke negeri ini sedangkan selepas 18 tahun memerintah mereka langsung tidak membuat sebarang perubahan hingga menjadikan negeri ini jauh ketinggalan.

“Kita tengok Terengganu yang kini ternyata amat pesat membangun hasil perubahan yang dibawa oleh kerajaan BN dan ia kini terlalu jauh meninggalkan Kelantan.

‘‘Rakyat kini sudah bijak untuk menilai pihak mana yang berupaya memberi kesenangan dan manfaat kepada mereka,” katanya.

Timur: Subsidi pendidikan tahun ini RM3b

Berita Harian Online
Oleh Haspaizi Mohd Zain


BACHOK: Keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pendidikan rakyat, menyaksikan subsidi untuk bidang itu ditingkatkan kepada RM3 bilion sepanjang tahun ini berbanding RM1.8 bilion tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata usaha itu adalah untuk membolehkan anak-anak rakyat negara ini mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.

"Jumlah subsidi itu adalah bukti pendidikan menjadi agenda utama kerajaan BN kini untuk semua anak-anak tanpa mengira latar belakang keluarga masing-masing.

"Daripada peruntukan itu, murid keluarga miskin turut diberi bantuan subsidi menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan susu sekolah membabitkan peruntukan lebih RM267 juta.

"Malah, kerajaan turut menaikkan kadar biasiswa persekolahan daripada RM50 kepada RM70 sebulan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok memberitahu pemberita selepas merasmikan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Golok bernilai RM17 juta dekat sini, semalam.

Dr Awang Adek berkata, kerajaan turut menanggung subsidi bagi pelajar dan murid yang tinggal di asrama pada kadar RM12 sehari untuk 478,778 pelajar seluruh negara membabitkan peruntukan RM247 juta.

Mengulas pembiayaan pendidikan untuk anak-anak sekitar Bachok, beliau berkata, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok diberi peruntukan RM90,000 bagi membiayai program peningkatan penguasaan bahasa Inggeris.

"Selain itu kerajaan juga akan membina lima lagi sekolah kebangsaan di sekitar Bachok dan turut menaik taraf 29 sekolah dengan peruntukan antara RM2.5 juta hingga RM3 juta bagi setiap sekolah," katanya.